Cercita Apom


KEK CHEESE
Dengar saja nama Kek Cheese ni, saya memang amat2 teruja. Maybe sebab nama dan rasanya. Berkali2 saya mencubanya, berkali2 juga saya sering gagal menepati kualiti yg saya tetapkan. Namun saya tak pernah putus asa untuk membuat kek ini. Akhirnya, saya dapat juga buat kek cheese yang paling saya puashati. Alhamdulillah...usaha saya akhirnya membuahkan kejayaan...seronok & berbangga juga (masuk bakul angkat sendiri...perasan). 



KEK COKLAT MOIST


Hmmm...saya mula berjinak-jinak membuat kek sebagai produk baru bagi Dzizacomel2u Homemade Simple. Saya begitu teruja kerana resepi kek yang diperolehi amat-amat memuaskan hati saya. Alhamdulillah.....Raya Aidilfitri yang sudah, pertama kali saya memasarkan Kek Coklat Moist dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih pada yang sudi order kek dari saya, semoga anda berpuas hati.




RESEPI APOM POLKADOT


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium ) ~ 1 bancuhan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar/susu cair (Dutch Lady / jenama lain)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette (tujuannya nak gebukan apom tu)
  • Filling-blueberry/strawbery/kaya/kiwi/oren dll
  • Pewarna (lebih suka gunakan yang cecair berbanding serbuk)

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
  8. TIPS Semasa Kukus: Api jangan terlalu panas (apom akan pecah); jgn terlalu perlahan (bantat pula apom tu nanti)...hee...heee serba tak kenalah ni, tapi berbaloi ikut tip ni.

Actually inilah resepi yang saya gunakan untuk buat APOM POLKADOT ni...TERIMA KASIH pd tuan punya resepi yang sangat simple ni. Ramai yang minta saya berikan resepi ini, jadi untuk tidak menghampakan semua, saya sertakan resepi. Semua boleh mencubanya....hasilnya??? CUBA DULU BARU DAPAT HASILNYA.

Ada yang kata saya reka2, padahal inilah resepinya yang saya ambil dari MyResepi.Com...Hmmm...lain orang lain pandangannya kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalendar 2013